ANDA MEMPUNYAI SOALAN?

BACA SOALAN LAZIM DIBAWAH

Soalan Lazim

Apa itu Dropee?

Dropee ialah Platform E-Perolehan B2B sehenti dan Penyelesaian Perusahaan untuk semua jenis perniagaan. Platform B2B kami membolehkan perniagaan berhubung untuk membeli dan menjual secara pukal, dan Penyelesaian Perusahaan kami membolehkan peniaga menyelaraskan proses operasi mereka untuk berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Dropee pada masa ini adalah pakar dalam ruang barang pengguna laris (FMCG) dan peruncitan.

Kami percaya bahawa rantaian bekalan di Malaysia kekurangan keterhubungan antara pembekal dan pemilik perniagaan PKS (peruncit), kami melihat peluang untuk mewujudkan platform atas talian untuk menambah baik komunikasi antara kedua-dua pihak peniaga bagi mendapatkan sumber dan berurusan antara satu sama lain dengan cara yang lebih pantas, berkesan dan efisien.



Apakah Inisiatif Digital Niaga?

Digital Niaga adalah inisiatif pembiayaan mikro untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mengembangkan perniagaan mereka. Selaras dengan Belanjawan 2020, Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan bajet kepada PKS untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti perniagaan mereka melalui pendigitalan urusan PKS. Amaun pembiayaan sebanyak 50% atau maksimum RM10,000 daripada jumlah invois disediakan bagi setiap PKS yang layak bagi perolehan atau pembelian melalui platform Digital Niaga.


Apakah Kelayakan Pemohon Pembiayaan Mikro BSN?
  1. Terbuka kepada PKS dan Koperasi yang berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia;

  2. PKS dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% individu warganegara Malaysia;

  3. PKS/Koperasi telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan;

  4. PKS/Koperasi mempunyai jumlah purata jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000.