Berniaga secara borong dengan akses pasaran yang luas dan kemudahan pembiayaan dalam talian untuk mengembangkan perniagaan anda.

Digital Niaga dikuasakan oleh Borong untuk memperkasakan pengusaha mikro, kecil dan sederhana (MSME) di Malaysia.

Melalui platform digital kami, pengusaha MSME boleh mendapatkan akses kepada kemudahan pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh rakan kerjasama kami.

Pengusaha MSME boleh mencari pembekal dan produk yang tepat pada harga yang baik, dan sertai kursus dan latihan perniagaan oleh Agensi Awam yang diiktiraf hanya melalui satu platform digital sahaja.

Maklumat Program

Majukan perniagaan anda
dengan Digital Niaga

Kami menghubungkan pengusaha/peniaga MSME dengan
rakan perbankan, Agensi Awam, dan juga pembekal dan pembeli B2B.

Jual Beli Borong Secara B2B

  • Temui pembekal dan pembeli yang tepat di seluruh Malaysia

  • Dapatkan produk popular dengan harga yang baik

Mohon Kemudahan Pembiayaan Perniagaan

  • Kemudahan pembiayaan perniagaan bermula dari nilai serendah RM 1,000.00

  • Mohon Kemudahan Pembiayaan Perniagaan

Gunakan Sistem Pengurusan Perniagaan

  • Uruskan stok barangan, pembekal, pelanggan dan lain-lain

  • Tiada lagi kertas kerja rumit, muat turun invois, resit dan borang pesanan (PO) digital

Sertai Kursus dan Latihan Perniagaan

  • Peluang untuk menyertai kursus dan latihan perniagaan yang disediakan oleh Agensi Awam yang diiktiraf

  • Dapatkan bimbingan dan sokongan perniagaan oleh rakan kerjasama kami

Pendaftaran adalah percuma! Jika anda berminat:

Siapakah yang layak menyertai program Digital Niaga?

  1. Warganegara Malaysia

  2. Pengusaha atau peniaga mikro, kecil dan sederhana (MSME)

  3. Mempunyai lesen perniagaan yang sah

*Bagi kemudahan pembiayaan perniagaan, syarat permohonan tertakluk kepada bank/institusi kewangan
yang berkaitan.

Kemudahan Pembiayaan

Temui produk kewangan yang sesuai untuk perniagaan anda.
Klik pada logo bank/institusi kewangan untuk maklumat lanjut:

Soalan Lazim berkenaan Program

  • Program ini bertujuan untuk membantu proses transformasi digital perniagaan MSME dan menyokong perkembangan MSME melalui akses kepada pasaran, bimbingan dan kemudahan pembiayaan yang bersesuaian.

    Peniaga yang mempunyai potensi untuk pasaran eksport juga akan dibimbing bersama rakan industri dan Agensi Awam.

  • Program Digital Niaga dilaksanakan oleh Dropee dengan kerjasama rakan industri dan Agensi Awam.

  • Pendaftaran untuk menyertai program Digital Niaga adalah PERCUMA.

  • Peranan anda sebagai peserta program:

    • Daftar dan lengkapkan proses pengesahan akaun

    • Mula jual beli dalam talian

    • Mohon kemudahan pembiayaan

    • Sertai program bimbingan

  • Syarat permohonan kemudahan pembiayaan perniagaan adalah bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh bank/institusi kewangan yang menawarkan kemudahan tersebut.

  • Terdapat dua cara untuk mendaftar program Digital Niaga:

    1. Hubungi Rakan Perbankan/Rakan Kerjasama kami yang terdekat; atau
    2. Tekan butang Daftar/Daftar Sekarang dan isi maklumat yang diminta. Sila pilih Rakan Perbankan/Rakan Kerjasama anda pada soalan Rujukan/”Referral”.

Tentang

Borong (dahulunya dikenali sebagai Dropee) merupakan platform jual beli borong secara dalam talian yang membantu peniaga dan pengusaha menggunakan teknologi & inovasi dalam memajukan perniagaan B2B.

Sejak tahun 2017, Borong yang ditubuhkan oleh anak Malaysia kini merupakan pasaran B2B digital terbesar di Malaysia, dengan sebuah komitmen tegar untuk memajukan peniaga tempatan.

Visi & Misi

Borong merevolusikan cara perniagaan mikro, kecil, sederhana (MSME) dan syarikat multinasional menjalankan perniagaan mereka dengan pembangunan teknologi, automasi pembiayaan, dan pengurusan pesanan, inventori dan perancangan dengan pelanggan.

Ini merupakan visi & misi Borong dari hari pertama kami bermula.

Rangkaian Borong
di Asia Tenggara

  • Ibu Pejabat: Malaysia

  • Cawangan: Indonesia dan Singapura

  • Perkembangan akan datang: Thailand dan Vietnam

Ekosistem Rantaian Bekalan Komprehensif

Kejayaan Kami

Borong disokong oleh Agensi Awam dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Jenama di Borong

Lebih daripada 150,000 perniagaan & jenama berada dalam pasaran Dropee.

Peniaga Lokal adalah inspirasi Kami

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) diumumkan di Malaysia, pihak Borong telah membantu mendigitalkan perniagaan kami.

Kami dapat menguruskan inventori dengan lebih cekap dan juga dapat memberikan senarai harga kepada pelanggan dengan lebih cepat.

Borong tidak hanya membantu kami untuk berhubung dengan pembeli yang tepat, tetapi ia juga memberikan harga yang kompetitif.

Abdul Rahim, Pengasas Worldline Group

Jadi Life sentiasa ambil tahu akan keperluan pengguna yang berubah. Pengguna hari ini ingin membeli secara pintar, jadi kami menyesuaikan perniagaan kami sebagai respon.

Borong mencapai segmen yang berbeza daripada kami (melalui pasaran B2B dalam talian), jadi apabila kami mengetahui bahawa tiada bahan penggunaan cetakan yang tersenarai, ia adalah peluang besar bagi kami.

Putra Martin, Pengurus Operasi Jadi Life Solutions